manusia suka bersangka-sangka


MANUSIA SUKA BERSANGKA

MANUSIA HARI INI SUKA BERSANGKA-SANGKA
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti mana musnahnya kayu dimakan api.. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana persepsi kita melihatnya serta tafsiran kita sendiri.... so hati-hati selalu.......jauhi sikap sedemikian...

p/s:Cahayakuiman:Ya Allah,Dalam bersangka2 rupa2nya tanpa daku sedari daku lebih hina dan penuh dosa.Ampunilah daku Ya Allah.

semuanya dengan rahmat Allah swt... tapi pernah terfikir tak yang selalu memberi bisikan ada dua pihak kan...yang pertama bisikan jahat jin syaitan dan yang kedua bisikan kebaikan adalah malaikat... dan nafsu hanya menjalankan apa yang telah dibisikkan samada kebaikan (alhamdulillah) dan kejahatan nauzubillah... bukan kah Allah telah berfirman " Fa Alhamaha fujuraha wa taqwaha " bermaksud: " Maka di ilhamkan nya (nafsu) jalan kejahatan nya (untuk dijauhi) dan jalan kebaikan nya (untuk diikuti).
p/s: dipetik dari penulis sebuah blog.syukran awi ya ukhti kariim..

0 comments:

Catat Ulasan