pahit manis merupakan asam garam dalam kehidupan. kadangkala kita selalu merasakan diri kita yang terbaik. menolak segala yang datang kerana kita rasa kita mampu untuk melakukannya tanpa bantuan sesiapa. namun, kita seringkali terlupa bahawa kita bukanlah dicipta bersendirian di bumi Allah ini..
manusia sering alpa saat kejayaan datang bertamu. walhal, itu sebenarnya merupakan ujian kecil buat dirinya. DIA ingin melihat apakah kita ini seorang hamba yang bersyukur tatkala nikmat dikurniakan atau kufur. bibir mudah melafazkan keikhlasan namun keikhlasan sebenar yang datangnya dari dalam hati kita, hanya Allah yang mampu menilainya.
jika kita berbuat baik untuk mendapatkan nikmat syurga semata-mata, sia-sialah ia. bebuatlah kebajikan utnuk mendapatkan mardhatillah.. nescaya kedua-duanya akan kita miliki..
peliharalah hubungan sesama manusia kerana ia merupakan salah satu jalan untuk kita merapatkan hubungan dengan Allah. tidak rugi memohon maaf berbanding menanggung penyakit hati yang datangnya tidak kita sedari..
maaf adalah penghujung sabar....
luahan hati-
analabdu
0 comments:
Catat Ulasan