nisfu syaaban..di mana buku amalan kita?

bismillahirrahmanirrahim..

nisfu syaaban bermaksud pertengahan bulan syaaban..kalimah 'nisfu' dalam bahasa arab bermaksud separuh. ketika malam nisfu syaaban..buku amalan kita akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku amalan yang baru..apakah buku amalan kita diterima dengan tangan kanan atau tangan kiri?wallahua'lam

antara amalan-amalan ibadah yang boleh kita sama2 lakukan ketika nisfu syaaban ialah:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, jumaat malam)
Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua’alam


p/s: kerjasama dari ukhti sitifiza..syukran awi


syair persahabatan

Ketika aku memaafkan orang lain dan aku tidak menaruh sebarang kedengkian terhadap mereka, aku telah selamat daripada sebarang kesusahan dan permusuhan.


Aku memberi penghormatan kepada musuh ketika aku berjumpa dengannya. Dengan cara ini aku dapat selamat dari kejahatan mereka.


Ketika aku menunjukkan kegembiraanku terhadap orang yang hendak aku marahi, maka aku Berjaya memenuhi hatiku dengan kebahagiaan.


Sebenarnya aku masih belum selamat dari kejahatan orang yang aku tidak kenali maka betapa aku akan selamat dari kejahatan orang yang sudah aku cintai.


Manusia itu sebenarnya penyakit dan cara menyembuhkannya hanya dengan tidak mencampuri urusan mereka, tetapi memutuskan hubungan sama sekali (adalah tidak baik kerana itu) bermakna memutuskan persaudaraan.


Maka janganlah engkau mengganggu mereka nescaya engkau selamat dari gangguan mereka dan hendaklah engkau mencari kecintaan yang tulin.


Apabila engkau mahu bersahabat dengan mereka, maka hendaklah engkau bersabarmenghadapi perangai mereka, dan jadikanlah dirimu seakan-akan tuli, bisu, buta daripada kesalahan mereka dan hendaklah engkau sentiasa melazimi ketakwaan.


**************************************

Syair oleh Hilal bin Alak

hukum memakai yang nipis atau ketat??

bismillahirrahmanirrahim..

sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

syariat melarang kita berpakaian yang nipis dan ketat serta menampakkan bentuk badan dan warna kulit. islam itu bukan sengaja melarang sesuatu perkara tetapi ada sebab dan musababnya..
hukumnya samalah seperti tidak berpakaian pada pandangan syariat dan hukum islam kerana seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan di anggap masih terdedah seperti yang disebutkan dalam hadith nabi di atas.

yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perkataan 'terlanjang' itu ialah seorang wanita yang berpakaian ketat dan nipis hingga menampakkan susuk tubuh dan warna kulit..keadaan itu samalah seperti tidak berpakaian..zahirnya mereka berpakaian tetapi sebenarnya terlanjang.

tutup aurat dari pandangan mata menurut imam syafi'e adalah wajib. ciri-ciri yang membawa kepada tidak menutup aurat samalah seperti memakai pakaian yang ketat,jarang dan pendek yang menampakkan bentuk badan atau bayangan warna kulit(baju jarang). semua ini tidak harus dipakai mengikut syariat islam kerana tidak mejamin terhadap kesempurnaan dalam menutup aurat yang disuruh oleh Allah dan RasulNya.

hukum memakai yang ketat, jarang serta pendek mendedah kulit adalah haram dan berdosa besar kerana sengaja ingin menzahirkan bentuk badan serta mendedah aurat yang sememangnya wajib ditutup. dewasa kini..banyak busana2 yang direka khas buat kaum wanita..memang sangat cantik..tapi jika diperhatikannya..remaja dan wanita kini lebih gemar memilih fabrik yang nipis dan jarang..tak tahulah kenapa mungkin panas barangkali..
di samping itu, menampakkan gerak-geri dengan lenggang lenggok yang boleh menarik perhatian mata yang memandang, menaikkan rasa keinginan dan membuahkan nafsu syahwat dipihak kaum lelaki yang bermata keranjang dan kaki perempuan..wanita itu menempah fitnah ke atas dirinya sendiri.

Rasulullah menegaskan dengan sabdanya:

" wanita itu aurat. apabila ia keluar sentiasa menjadi hasutan serta gangguan syaitan." (at-tarmizi)

hadith ini menyuruh kita menutup aurat..kerana aurat itu menunjukkan tanda murahan andai dipamerkan ke khalayak ramai. apabila seseorang wanita itu meninggalkan rumahnya dalam keadaan tidak menutup aurat, maka akan timbullah bibit-bibit fitnah terhadapnya..

berdasarkan demikian, maka tuntutan terhadap tutup aurat itu adalah lambang kepada wanita beriman, dan iman pula merupakan pakaian hati. tidak sempurnalah andai seseorang itu beriman tetapi tidak menutup aurat kerana menutup aurat itu adalah tuntutan kepada jasad yang beriman.sekiranya hati itu rela dengan pendedahan sama ada pendedahan itu nipis atau ketat serta singkat bermakna hati itu sudah dinodai dengan kehendak nafsu syaitan yang sangat jauh dari sinaran iman.. wallahua'lam..

keikhlasan hati..mampukah manusia menilainya??

apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas??
adakah dengan dua bibir mengatakan 'saya ikhlas' sudah memadai?

ikhlas itu ialah apabila kita melakukan sesuatu perkara dan niat kita melakukannya hanyalah kerana Allah..manusia tidak mampu dan tidak boleh menilai sejauh mana keikhlasan seseorang..keikhlasan seseorang hanya mampu dinilai oleh Allah swt sahaja..
Dia yang menciptakan kita maka hanya Dia lebih mengetahui keikhlasan hati kita.malahan..diri kita sendiri tidak mampu menilainya apatah lagi orang lain

adakalanya..apabila kita melakukan sesuatu perkara yang baik..manusia mula menilainya..ada nilaian yang baik ada nilaian yang sangat mengguris hati..pernah seorang hamba Allah berbicara pada ana.."ikhlas itu ialah apabila kita melakukan sesuatu yang baik sehingga ada orang mula mengata tentangnya dan kita mampu bersabar..itulah tingkatan ikhlas".

buat mujahid dan mujahidah di luar sana..andai ada sesuatu perkara yang mematahkan semangatmu dalam berjuang ke jalan Allah..janganlah kau terpedaya olehnya..sesungguhnya itu semua hanyalah ujian dari Allah buat dirimu..dalam perjuangan itu tidak akan manis semuanya..tapi yang pahit itulah yang mendidik jiwa2 kita agar lebih bersih dan dekat denganNya..

keikhlasan itu tidak perlu dilafazkan..cukuplah hanya Allah mengetahuinya..

Muqaddimah

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt dan selawat serta salam ku hulurkan buat nabi junjungan dan para sahabat..tak lupa juga setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana memberi ana kesempatan dan ilham untuk membina blog ini..

sahabat yang dirahmati Allah sekalian..

semakin hari semakin banyak kemungkaran yang dapat kita lihat berlaku di bumi Allah ini baik yang ada di depan mata kita ataupun di tempat-tempat lain. hadirnya ana di sini bersama dengan blog ana tujuannya hanya satu..terdetik di hati kecil ana untuk merungkai setiap permasalahan yang berlaku di depan mata..dan dalam setiap perbincangan..ana amat mengharapkan pendapat dari sahabat2 yang ana sangat hormati ini.

sekian dahulu..
semoga setiap yang tercatat di dalam blog ana yang tak seberapa ni dapat memberi manfaat pada semua..dan semoga ukhwah di antara kita akan terjalin bersama dengan redha dan rahmat dari Allah rabbul Izzati..

salamun 'alayk..