Kami Merinduimu ya Ramadhan Kariim..

Bismillahirrahmanirrahim..

semalam ana mengikuti satu program di bawah PEMBINA(Persatuan Belia Islam Nasional) buat pertama kalinya..dan sungguh ana teruja sekali gus buat ana sangat jatuh cinta dengan persatuan ini..eratnya ukhuwah dan sucinya kasih sesama Muslim jelas dapat dilihat di situ..tatkala itu hati kecil ini berbisik..ada hikmahnya Allah menghantar ana ke sini..sungguh, tak dapat ana nafikan..bukan ana terlalu memuji..hanya tersentuh hati dengan keikhlasan ukhuwah yang dihulur..membawa diri yang alpa ini kembali mengingati Tuhan Dzat yang sempurna.

program yang hanya berlangsung selama 4 jam itu sahaja..meskipun sebentar cuma tapi cukup bermakna pengisian yang diberi..dapat ana ambil sedikit darinya dan ingin ana kongsikan bersama sahabat2 yang ana cintai sekalian ...

sempena dengan bulan ramadhan al-mubarak yang dah tinggal beberapa hari je lagi dari sekarang..ingin ana selitkan sedikit pengisian tentang bulan ramadhan yang mulia ini.
ramadhan berasal dari perkataan arab yang membawa maksud (sangat panas)..

.:kelebihan bulan ramadhan:.

* bulan turunnya al-Quran dan kitab-kitab Samawi
* di bukakan seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka
* bulan keampunan
* bulan digandakan ganjaran
*bulan menentang syaitan dan hawa nafsu
- apabila kita puasa, tidak makan dan minum, salur darah akan jadi sempit dan ini
menyebabkan tiada ruang untuk syaitan masuk dan sukar untuk syaitan menggoda.
* bulan tarbiyyah individu dan masyarakat
* bulan lailatul qadar
* bulan dimakbulkan doa
- 4 doa yang Allah tidak tolak, ( doa musafir, doa orang yang dizalimi, doa ibu bapa,
doa orang yang berpuasa).
* bulan tarawikh dan tahajjud
* bulan di mana masa itu sangat berharga
* bulan menandakan kesyumulan Islam
* bulan silaturrahim dan ukhuwah
* bulan sejarah
* bulan penyediaan umat dakwah dan jihad

5 jihad:-

1) jihad melawan nafsu
2) jihad melawan syaitan
3) jihad melawan godaan dunia
4) jihad amar ma'ruf nahi munkar
5) jihad menentang musuh2

0 comments:

Catat Ulasan